Dinasti Lim sangat takut dengan aura Najib

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini:

Tiga beranak iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying muncul dalam sidang media yang memfitnah kononnya UMNO-PAS bekerjasama menganjur perhimpunan “Solidariti Najib”.

UMNO dan PAS tidak bekerjasama menganjur perhimpunan itu. UMNO dan PAS rancang berasingan. Tetapi sudah pasti UMNO mengalu alukan sokongan PAS.

Tetapi kenapa keluarga Lim fobia terhadap Najib? Najib dalam penjara. Aura Najib nampaknya menghantui mereka sekeluarga terutama kepada Lim Guan Eng yang masih bebas. 

Lim Kit Siang yang kononnya sudah bersara muncul di sebelah Lim Guan Eng. Dia fikir, bila Najib dipenjarakan bolehlah dia bersara dengan aman. 

Sekarang Kit Siang sedar dia belum boleh tidur nenyak. Aura Najib masih hidup. Dia terancam jika Najib bebas. 

Nama Lim Kit Siang disebut dalam memoir Tommy Thomas. Kononnya perlantikan Tommy sebagai Peguam Negara atas pengaruh Lim Kit Siang terhadap Tun M ketika itu.

Tommy Thomas adalah Peguam Negara yang mendakwa Najib dan keluarganya. PMX kata pertuduhan itu racun, dendam dan tergesa gesa.

Benar kata Zahid. Masa Guan Eng sudah tamat. Biar pimpinan baru DAP urus parti. Lim Guan Eng boleh teruskan kepengerusian DAP. Selesai dulu kes rasuah terowong laut. Buat Atok Kit Siang, “Bersaralah”.


BACA LAGI



Check out 255ml. 100%  kacang tempatan. Minyak sacha inchi .cold pressed. for RM35.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/uRiw8FwO?share_channel_code=1 





Catat Ulasan

0 Ulasan