Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Istana Negara berkata, Seri Paduka juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.
Menurut Istana Negara, kuasa Yang di-Pertuan Agong itu dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda.
"Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.
"Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan," kata Istana Negara dalam kenyataan media, hari ini.
Check out 255ml. 100% kacang tempatan. Minyak sacha inchi .cold pressed. for RM35.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/uRiw8FwO?share_channel_code=1 |
0 Ulasan