Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan perhimpunan solidariti bersama beliau di Putrajaya pada 6 Januari ini.
Perkara itu disampaikan oleh anak beliau, Datuk Nazifuddin Najib dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya telah memaklumkan kepada Ayahanda Dato’ Sri Najib Razak mengenai usaha ikhlas semua pihak, termasuk penyediaan bas, kereta, dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.
"Beliau amat terharu dan mengucapkan penghargaan yang mendalam kepada setiap seorang daripada anda," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi.
Nazifuddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua bahagian UMNO, ahli-ahli, dan penyokong atas semangat dan komitmen yang luar biasa dalam menyokong SOLIDARITI 4 NAJIB RAZAK pada 6 Januari 2025 di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Menurut beliau, kesungguhan itu mencerminkan keutuhan UMNO sebagai sebuah parti dan kesetiaan ahli-ahlinya terhadap perjuangan.
"Insya-Allah, dengan doa dan usaha bersama, kita akan melihat kejayaan yang diredai. Mohon teruskan semangat ini dan sahkan kehadiran sebaik mungkin bagi penyelarasan yang lebih lancar.
"Terima kasih sekali lagi atas komitmen anda semua. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita. Hidup UMNO, Hidup Rakyat!" katanya.
Check out 255ml. 100% kacang tempatan. Minyak sacha inchi .cold pressed. for RM35.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/uRiw8FwO?share_channel_code=1 |
0 Ulasan