UMNO tidak teruskan perhimpunan Solidariti Bersama Najib - Asyraf

 


UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya Isnin ini.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan media lewat malam tadi.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

1. UMNO menjunjung hormat Titah Kenyataan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.  

2. Sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Parti, UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  

3. UMNO dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan Titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri yang banyak jasanya pada rakyat dan negara.  

4. UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.  

5. Atas prinsip menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagaimana arahan Ketua Polis Negara, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada 6 Januari 2025 ini.  

6. UMNO menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.  

7. UMNO juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh Ahli UMNO yang sudahpun menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.  


BACA LAGI






Check out Aglio olio paste and spices for RM6.92. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/7V0TwcyE1E?share_channel_code=1 

Catat Ulasan

0 Ulasan