Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, adalah amat wajar bagi PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain membatalkan hasrat menyertai perhimpunan solidariti bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Isnin ini.
Menurut beliau, mereka sepatutnya membuat keputusan yang sama dengan UMNO dengan tidak meneruskan perhimpunan tersebut.
"Kalau UMNO sebagai pihak yang terkesan langsung dengan kes Najib maka kenapa tidak parti lain turut membuat keputusan sama," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Mohd Puad menyatakan beliau menyokong keputusan parti itu.
Beliau memberitahu, UMNO adalah parti yang mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
"Oleh itu UMNO menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
"UMNO yakin pada ihsan dan kebijaksanaan Agong agar Najib mendapat keadilan penuh," jelasnya.
Kesemua UMNO negeri turut akur dengan keputusan parti untuk tidak meneruskan perhimpunan tersebut.
Check out Aglio olio paste and spices for RM6.92. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/7V0TwcyE1E?share_channel_code=1 |
0 Ulasan