Berikut adalah kenyataan media Ketua Srikandi Bersatu Perak, Puteri Holijah Muhamad Rali hari ini:
Sebagai Ketua Srikandi Bersatu Negeri Perak dan Mantan Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, saya ingin menyuarakan kebimbangan serius terhadap pelanggaran peraturan penggunaan bahasa dalam iklan billboard di sekitar bandar raya Ipoh. Terdapat laporan mengenai iklan billboard yang hanya memaparkan bahasa Cina tanpa sebarang penggunaan Bahasa Malaysia.
Perbuatan ini bukan sahaja tidak menghormati kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, tetapi juga melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sebagai mantan ahli majlis, saya ketahui perkara ini memang tersedia di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2013 dan pindaan 2016 jelas menggariskan keperluan penggunaan Bahasa Malaysia dalam setiap iklan yang dipamerkan.
Sebagai wakil rakyat mereka perlu hormati undang-undang negara seperti yang termaktub dalam Akta 152 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.
Saya mendesak Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab atas pelanggaran ini. Penguatkuasaan peraturan ini adalah penting untuk memastikan keharmonian dan kesepaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Kami berharap pihak berkuasa akan segera menangani isu ini dan memastikan semua iklan yang dipamerkan mematuhi peraturan yang ditetapkan, dengan mengutamakan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dalam setiap iklan.
Check out RADIX Kunyit Hitam (20 sachets) POUCH/PAPAN Kopi Sedap HALAL for RM22.00 - RM37.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/8KZxrKhimg?share_channel_code=1 |
0 Ulasan