Titah Adendum: UMNO Gua Musang kesal pendirian PMX

 


Berikut adalah kenyataan media UMNO Bahagian Gua Musang hari ini:

Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa asas dan tujuan parti adalah “mendukung asas-asas perlembagaan persekutuan selagi mana ia membela kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Orang Asli, Anak Negeri Sabah serta lain-lain perkara sepertimana yang termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-Undang Tubuh Negeri Malaysia.”

Dalam erti kata lain, melalui Fasal 3 Perlembagaan UMNO diikuti dengan perincian pecahan-pecahan fasal tersebut, memanifestasikan kepada kita dan rakyat bahawa falsafah perjuangan UMNO adalah RAKYAT DILINDUNGI, RAJA DIJUNJUNG DAN NEGARA DISANJUNG.

Maka berasaskan perlembagaan UMNO, UMNO Bahagian Gua Musang dengan secara jelas menyatakan taat setia tanpa berbelah bagi dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang telah menitahkan supaya Dato’ Sri Najib Tun Razak menjalani hukuman pemenjaraan menerusi tahanan dalam rumah (House Arrest) melalui titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

UMNO Bahagian Gua Musang kesal dan kecewa dengan sikap dan pendirian YAB Perdana Menteri serta mereka yang berkaitan dengan perkara ini termasuk Menteri Dalam Negeri, yang sebelum ini jelas telah menafikan kewujudan titah Adendum ini di dalam dan luar dewan, serta menyatakan titah tersebut sekadar “HEARSAY.” 

Namun keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2024 jelas membuktikan bahawa titah Adendum tersebut benar-benar wujud. Ini bermakna, YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Dalam Negeri telah menyembunyikan fakta yang salah, tidak tepat di dalam dan luar dewan serta boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan dan membohongi anggota dewan.

Oleh itu UMNO Bahagian Gua Musang berpendapat dan berpendirian,

Kerajaan dan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dengan sengaja menyembunyikan titah Adendum tersebut dan telah mengkhianati prinsip berterus-terang (Candor principle) yang sepatutnya dijunjung Kerajaan. 

Sebagai Perdana Menteri, beliau jelas terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong serta Perlembagaan Persekutuan, dan sebarang keingkaran, menyembunyi atau menafikan titah Yang Di-Pertuan Agong merupakan suatu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara. 

Tindakan YAB Perdana Menteri yang tidak konsisten dengan jawapan-jawapan sebelum ini jelas menampakkan wujudnya kelemahan ketara bagi seorang Perdana Menteri. Adalah tidak wajar dan tidak mungkin bagi seorang Perdana Menteri tidak tahu secara jelas kewujudan titah berkenaan.

Manakala bagi mereka-mereka yang berkaitan, yang turut terlibat dalam menyembunyikan titah Adendum ini wajar dikenakan tindakan kerana kesalahan menyembunyikan fakta dan dokumen penting Kerajaan, juga dengan sengaja menghalang keadilan (Obstruction of justice) apalagi sehingga Mahkamah telah membuat keputusan yang salah juga telah melakukan suatu tindakan kesalahan jenayah.

Justeru itu YAB Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kemelut yang berlaku. 

Walaupun UMNO berada di dalam Kerajaan bersama pada hari ini, namun UMNO tetap teguh berpegang kepada prinsip dan perlembagaan negara serta perlembagaan parti. UMNO Bahagian Gua Musang tidak pernah sesekali untuk berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas membelakangi atau melanggar perlembagaan dan undang-undang negara.


BACA LAGI






Check out Combo 2 Sambal Rindu Paling Laris Sesuai Makan Dengan Apa Pun - 3 Level Kepedasan  Sambal Hitam N9 for RM28.80. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9UlwmQBJEE?share_channel_code=1 

Catat Ulasan

0 Ulasan