Cadangan DAP pilihan raya pilih Datuk Bandar KL mengarut - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan cadangan seorang pemimpin DAP agar pilihan raya diadakan bagi memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai mengarut. 

Beliau turut mempersoalkan alasan yang digunakan iaitu akauntabiliti.

"Akauntabiliti kepada siapa? Kepada rakyat atau kepada partinya? Kalau dibenarkan maka jawatan itu akan dipolitikkan. "Perkauman berleluasa. Datuk Bandar dicucuk hidung oleh partinya. Pentadbiran akan tambah kucar-kacir," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Kelmarin media melaporkan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Parlimen Bukit Bintang Ben Fong Kok Seng berharap pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dapat diperkenalkan sebagai langkah awal memperkukuh akauntabiliti pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelang sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026.

Ben yang juga Bendahari Jawatankuasa DAP Kuala Lumpur berkata, penduduk ibu negara masih tidak diberi peluang untuk menentukan individu yang mengetuai pentadbiran bandar raya walaupun mereka membayar cukai dan terkesan secara langsung dengan dasar DBKL.

Puad menegaskan, UMNO sudah pasti akan membantah seperti mana parti itu membantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). 

"Selagi UMNO ada dalam Kerajaan Perpaduan jangan mimpi cadangan itu akan berlaku," katanya.

Beliau menambah, idea reformasi institusi yang dibawa oleh DAP semakin mengarut. 

"Lebih baik ubah cara memilih pemimpin dalam DAP. Dipilih oleh kelompok kecil sesama mereka sahaja," jelasnya.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan