PMX tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves selepas solat Jumaat hari ini untuk meninjau persiapan penganut Hindu menjelang hari Thaipusam Ahad ini.

Menurut beliau, tinjauan itu dibuat bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan diberi perhatian sewajarnya agar penganut Hindu dapat beribadat dalam keadaan baik.

"Saya melihat dengan jelas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang rencam budaya dan agama

"Kepelbagaian inilah yang mengikat kita dalam semangat perpaduan dan keharmonian, yang mesti terus dipelihara dengan menolak sebarang usaha menanam bibit kebencian, perpecahan dan prasangka antara kaum dan agama," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Anwar turut merakamkan penghargaan atas sambutan yang begitu meriah dan mesra daripada pengurusan kuil, penganut Hindu serta pengunjung. 

"Keramahan kalian mencerminkan semangat muhibah yang menjadi tunjang kekuatan negara kita.

"Semoga Thaipusam kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenangan buat seluruh penganut Hindu," katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan