PMX ulangi amaran tegas kepada ketua-ketua agensi penguatkuasaan

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh seminggu untuk semua pimpinan dan anggota penguat kuasa menilai sama ada mampu memikul amanah ini dengan tegas dan berani.

Beliau juga mempersilakan mereka berundur dan beri laluan kepada mereka yang sanggup, jika merasakan amanah ini terlalu berat atau godaan rasuah terlalu menggiurkan.

"Saya berikan amaran tegas buat kesekian kalinya di hadapan ketua-ketua agensi penguatkuasaan tatkala melihat rasuah, pencerobohan, penyeludupan dan kegiatan gelap masih berlaku selepas tiga tahun mengemudi negara. 

"Keadaan ini cukup mendukacitakan, dan saya di tahap hilang sabar apabila sebahagiannya berlaku kerana ruang dan keizinan badan penguat kuasa itu sendiri," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Anwar masih menaruh kepercayaan tinggi kepada sebahagian besar anggota yang jujur, ikhlas dan berintegriti dalam usaha menyelamatkan negara ini. 

"Pangkat dan bintang bergemerlapan di bahu bukan sekadar hiasan, tetapi amanah untuk kita menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan