Penghinaan terhadap institusi Islam ancam keharmonian beragama - Dewan Muda Johor

Masjid Putra, Putrajaya (Gambar hiasan: Pixabay/Pexels)

Keharmonian beragama di Malaysia semakin terancam berikutan peningkatan kes penghinaan terhadap institusi Islam sejak awal tahun ini.  

Eksekutif Penyelidikan (Perundangan), Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dewan Muda Johor, Nur Alifee Syazareen Rudy Iswadi menegaskan, tindakan tegas perlu diambil bagi mengekang gejala Islamofobia yang boleh menggugat kestabilan sosial negara.  

“MCA Johor baru-baru ini mencetuskan ketegangan dengan hantaran di Facebook yang mempertikaikan bantuan kerajaan kepada Palestin serta peruntukan tahunan RM1 bilion kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

"Hantaran itu juga menggesa perubahan kerajaan kepada yang tidak pro-Palestin dan pro-Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Beliau turut mengecam insiden penyalahgunaan logo halal oleh KK Mart yang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam terhadap status halal produk yang dijual.  

Selain itu, Nur Alifee Syazareen berkata, pelawak Harith Iskander juga didakwa telah memperlekehkan amalan agama Islam dalam satu jenaka yang menyentuh usaha Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan konsep Saadu Zara’i. 

"Kenyataan tersebut telah mengundang reaksi negatif masyarakat Islam yang menganggapnya sebagai satu penghinaan terhadap sensitiviti agama," jelasnya.

Lebih membimbangkan, Nur Alifee Syazareen memberitahu, seorang pengguna media sosial, Cecelia Yap Song KL, didakwa memuat naik komen menghina nama Nabi Muhammad SAW dengan menyarankan individu bernama Mohammad menukar nama kerana mengandungi perkataan 'ham'.  

“Islam adalah agama Persekutuan dan setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menghormati agama ini serta agama lain. Jenayah kebencian terhadap Islam perlu ditangani segera agar tidak berulang,” katanya.  

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam menyemarakkan kebencian terhadap Islam.  

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak bertindak di luar batas undang-undang dan segera melaporkan sebarang insiden penghinaan agama kepada pihak berkuasa.  


BACA LAGI





Check out Wangian Kasturi Kijang Original Minyak Wangi Kasturi Putih Hitam Sunnah for RM60.00 - RM160.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/qUFua24fK?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan