Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mempersoalkan apa jaminan kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan membawa kesan kepada harga barang yang dikeluarkan oleh kilang-kilang.
Beliau membangkitkan persoalan itu ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kadar kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan baru-baru ini hanya akan dikenakan kepada kilang-kilang dan golongan berpendapatan tinggi, dengan jaminan bahawa 85 peratus rakyat tidak akan terkesan.
“Persoalan saya, apakah jaminan kerajaan apabila kenaikan tarif elektrik yang dikenakan kepada kilang-kilang ini tidak akan memberi kesan kepada harga barang?
"Mungkin PMX lebih arif mengenai kesan domino apabila tarif meningkat, yang akhirnya akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Akmal turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan lebih berkesan dalam menambah pendapatan negara dan terbukti berjaya di banyak negara lain.
“Jika alergik dengan nama GST, kita boleh beri nama lain, asalkan ia dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan memberi manfaat kepada rakyat,” tambahnya.
![]() |
Check out Lempoyang oleh Fadzilah Kamsah Tok Abah for RM49.00 - RM220.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9f5mOMAWC9?share_channel_code=1 |
0 Ulasan