Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kini di Malaysia ada pihak yang berani mencabar kedudukan Islam yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bahkan, menurut beliau, ada pihak yang berani merempuh sempadan Allah dengan sombong dan megah.
"Menjadi bala tentera Iblis yang sombong serta tidak menerima hakikat bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan tugasnya yang mulia bersama Islam, lalu melampaui sempadan Allah yang merosakkan diri mereka sendiri dan alam sekitarnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Hadi berkongsi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk dalam golongan orang-orang yang kafir (derhaka terhadap Allah).” [Surah al-Baqarah: 34]
Beliau juga berkongsi firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya (disesatkannya) kerana diketahui-Nya (bahawa mereka itu tetap kufur ingkar) dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka, siapakah lagi yang akan memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” [Surah al-Jathiyah: 23]
![]() |
Check out Lempoyang oleh Fadzilah Kamsah Tok Abah for RM49.00 - RM220.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9f5mOMAWC9?share_channel_code=1 |
0 Ulasan