Jabatan Peguam Negara memfailkan Notis Usul bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes berkaitan isu titah adendum pada 4 Februari lalu.
Langkah itu diambil bagi memastikan semua hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Menurut Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan hari ini, keputusan untuk memfailkan usul tersebut berasaskan beberapa premis penting, antaranya percanggahan dalam tafsiran undang-undang antara keputusan Mahkamah Tinggi dengan penghakiman majoriti serta minoriti di Mahkamah Rayuan.
"Selain itu, isu yang dibangkitkan juga melibatkan persoalan undang-undang yang signifikan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kepentingan awam yang wajar diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan," jelasnya.
Jabatan Peguam Negara menegaskan, langkah tersebut bukan sahaja penting untuk memastikan keadilan dalam kes berkenaan, tetapi juga bagi menegakkan prinsip keluhuran Perlembagaan serta memperjelaskan tafsiran undang-undang demi manfaat semua pihak.
Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.
Dengan keputusan majoriti 2-1, panel bersidang membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam usaha mengesahkan kewujudan titah berkenaan.
![]() |
Check out Lempoyang oleh Fadzilah Kamsah Tok Abah for RM49.00 - RM220.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9f5mOMAWC9?share_channel_code=1 |
0 Ulasan