Adakah LFL dan Ambiga campur tangan kalau ada surau lama atas tanah kuil? - Puad

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi membangkitkan persoalan cepu mas dalam isu kuil di atas tanah wakaf masjid di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Beliau mempersoalkan sama ada Lawyers for Liberty (LFL) dan peguam, Datuk S. Ambiga akan turut campur tangan sekiranya situasi yang sama berlaku melibatkan surau lama di atas tanah milik kuil.

Menurut Mohd Puad, hak pemilik tanah untuk melaksanakan wakaf bagi pembinaan masjid perlu dihormati dan tidak wajar dipertikaikan.

“Kena ingat, niat melaksanakan wakaf bagi pembinaan masjid merupakan hak beragama pemilik tanah.

“Macam mana jika tanah milik pihak kuil, ada surau lama di atasnya? Mesti kena pindah. Apakah LFL dan Ambiga akan campur tangan?," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peguam yang cuba jadi jaguh songsang mesti menghentikan provokasi yang mengganggu proses perundingan antara pihak Jakel dan kuil Hindu.

“Berhentilah jadi ‘batu api’. Ahli politik pula jangan cuba main ‘play safe’. Ikut sahaja undang-undang. 

"Tanah itu milik syarikat Jakel. Biar DBKL jadi orang tengah,” katanya.

BACA LAGI


MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan