Sebab apa UMNO lapor polis kain rentang Bebas Najib?

 

Gambar: Sinar Harian

Penganalisis politik, Lim Sian See mempersoalkan tindakan UMNO Bahagian Tapah membuat laporan polis semalam bagi menafikan terlibat dalam pemasangan kain rentang 'Bebas Najib' di sekitar Ayer Kuning, Perak.

"Sebab apa UMNO lapor polis berkenaan banner ini?

"Adakah sebab UMNO tak mahu titah adendum dihormati atau tak setuju Najib dibebaskan?" katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, UMNO Bahagian Tapah mendapati tiada ahlinya di peringkat bahagian dan cawangan yang mengeluarkan kain rentang tersebut. 

"Ini bermakna ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebar fitnah dan berniat jahat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN)," kata AJK UMNO Bahagian Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim.

Beliau menambah, UMNO Bahagian Tapah sentiasa berpegang dan menghormati institusi kehakiman terutamanya dalam isu pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Afzarizal bimbang kain rentang itu boleh menimbulkan persepsi seolah-olah UMNO dan BN tidak bersama dalam perihal tersebut.

"Kita tidak mahu perkara ini menjadi isu lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti," katanya.


BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan