KPM minta maaf kesilapan pemaparan Jalur Gemilang

 


Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan  hari ini.  

Menurut kementerian berkenaan, kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. 

Katanya, tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. 

"Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan. 

"Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam laporan tersebut. 


MENARIK




Catat Ulasan

1 Ulasan