Teruskan solat hajat, qunut nazilah untuk Palestin

 


Dewan Ulama PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya meneruskan solat hajat serta bacaan qunut nazilah di samping mendoakan saudara seagama yang berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel ketika ini. 

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan situasi yang semakin meruncing di Palestin membuktikan umat Islam tidak sepatutnya 'meninggalkan' medan perjuangan Palestin setiap saat. 

"Bahkan doa dan munajat di samping usaha menyebarkan kesedaran terhadap perjuangan di Palestin perlu sentiasa dibugarkan. 

"Ini juga jihad kita atas prinsip kebersamaan dan kebertanggungjawaban sebagai umat Islam bersama-sama perjuangan menghadapi kekejaman Zionis Israel," jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, sejak pertengahan Mac lalu, rejim Zionis Israel semakin galak melaksanakan perancangan ke bahagian 'Marog Axis' merintis langkah songsang penghapusan etnik rakyat Palestin yang disebut-sebut. 

Ahmad berkata, ironinya ketika dunia Arab diam seribu bahasa, masyarakat di Barat termasuk di Amerika Syarikat (AS) sendiri bangkit membantah. 

"Oleh itu, Dewan Ulama PAS menyarankan agar umat Islam di negara ini tidak meninggalkan solat hajat dan qunut nazilah setiap hari. 

"Semoga Allah SWT menghancurkan kesatuan mereka dan mencampakkan perasaan takut dalam jiwa mereka menghadapi kebangkitan umat Islam nsya-Allah. Kepada Allah SWT kita berserah," katanya.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan