Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan notis tuntutan (LOD) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
LOD yang dikeluarkan melalui firma guaman Rafique Rashid itu adalah berhubung kenyataan didakwa memfitnah yang dibuat pada 11 April 2025.
Seperti dilaporkan media, firma guaman tersebut berkata, tuntutan itu berkaitan dengan tuduhan Ahmad Zahid yang mendakwa Dr. Mahathir enggan melepaskan pegangan amanahnya terhadap hartanah UMNO.
Kenyataan Ahmad Zahid itu dikatakan tidak benar dan memfitnah.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dikehendaki memenuhi beberapa tuntutan, termasuk mengadakan sidang media terbuka di Ibu Pejabat UMNO dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk mengakui kenyataan tersebut adalah penipuan serta memohon maaf tanpa syarat.
Beliau juga perlu mengeluarkan permohonan maaf bertulis dalam tempoh tujuh hari, yang mesti memenuhi kepuasan Dr. Mahathir, serta menyiarkan permohonan maaf itu dalam akhbar dan platform media sosial rasminya selama 30 hari berturut-turut.
Notis itu turut menyatakan bahawa Dr Mahathir berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid atau pihak lain sekiranya perlu.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah mengemukakan LOD kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana membuat tuduhan yang serupa.
1 Ulasan
saman je terus
BalasPadam