Pemimpin PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap pempengaruh, Aliff Ahmad.
Malah, anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mengenali Aliff atau pernah bertemu dengannya.
Beliau juga tidak pasti cara Aliff mencari rezeki, tetapi percaya semua pihak harus menyokong segala usaha yang mengikuti garis panduan undang-undang.
"Namun yang pasti, beliau tidak sepatutnya disiasat hanya kerana membuat cabaran atau kenyataan seperti yang dinyatakan mengenai saya.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya mahupun mana-mana pegawai saya tidak pernah membuat sebarang laporan kepada MCMC terhadap saudara Aliff Ahmad, seperti yang didakwa," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Terdahulu, Aliff mengesahkan telah memberi keterangan kepada SKMM hari ini berhubung kenyataannya dalam media sosial untuk melakukan 'scrut' terhadap Nurul Izzah.
Nurul Izzah menambah, adalah penting untuk semua pihak berhati-hati dalam membuat tuduhan yang boleh mencemarkan reputasi dan menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak tanpa asas yang kukuh.
"Selainnya, kita berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Moga Allah SWT memberkati segala usaha kita," katanya.
1 Ulasan
wa caya sama lu
BalasPadam