Biarlah Rafizi cuti lama sikit

 


Semasa jadi pembangkang dahulu, Datuk Seri Rafizi Ramli gigih memperjuangkan dan membela nasib rakyat marhaen.

Setiap kali harga barang naik, beliau selalu ke depan bersuara lantang membantah.

Pening kerajaan BN nak hadap kerenah Rafizi ketika itu. Nak tarik balik subsidi pun payah.

Tiba PRU14, BN pun tumbang dan antara puncanya adalah hasutan Rafizi terhadap pelbagai isu termasuk GST, harga barang, subsidi, harga minyak, tol dan pinjaman PTPTN.

Rafizi pulak yang pening sebab selepas PH jadi kerajaan, harga barang dan harga minyak tak turun pun walaupun selepas GST dimansuhkan.

Tol dan bayaran balik pinjaman PTPTN masih wujud sampai sekarang. 

Bila dah jadi Menteri Ekonomi lagilah pening sebab semua formula tak menjadi.

Subsidi telur pun dikurangkan mulai 1 Mei dan akan dimansuhkan terus bermula 1 Ogos.

Tup-tup dengar khabar Rafizi cuti panjang pulak. Macam-macam spekulasi timbul.

Biarlah beliau nak cuti. Apa kena mengena dengan kita. 

Harap-harap Rafizi kembali dengan formula yang lebih padu dan mantap selepas pulang dari bercuti nanti.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan