Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh membantah usul DAP Melaka yang mahu Pakatan Harapan (PH) bertanding 14 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi pada PRN Melaka 2021 diikuti lima kerusi oleh PH dan dua kerusi oleh Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka mengingatkan DAP bahawa mereka enggan menyerahkan kerusi yang dimenangi pada PRN enam negeri dahulu.
"Kali ni senang-senang sahaja nak kerusi yang kami dah menang. Maka kerusi yang BN menang tidak akan sama sekali untuk diberikan kepada PH.
"Jika nak juga, kita bertanding di tempat yang sama. Mudah sahaja. Untuk beri kamu, tidak sama sekali, dan boleh teruskan bermimpi," tegasnya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Dr. Akmal mengulas laporan akhbar China Press yang diterjemahkan “9 cabang DAP negeri Melaka telah meluluskan resolusi strategi 14 BN +14 PH bagi menghadapi PRN Melaka akan datang. BN dan PH masing-masing menguasai separuh negeri.”

0 Ulasan