Muktamad! BN-PH bekerjasama hadapi PRN Sabah

 


Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Persepakatan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN Sabah.

"Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan," kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan