Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini:
YAB Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Jun 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Tugas utama Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025 dengan mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh Kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri.
0 Ulasan