Minta bos kamu putuskan hubungan dengan UMNO, Akmal gertak Ketua DAPSY

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mencabar Ketua DAPSY, Woo Kah Leong untuk memberitahu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke agar memutuskan hubungan dengan UMNO.

Beliau mengulas laporan akhbar China Press yang memetik Kah Leong menyatakan DAPSY tidak boleh bekerjasama dengan Pemuda UMNO dan Pemuda MCA kerana haluan berbeza.

"Jangan sembang sahaja. Kalau sembang sahaja tak berguna!" tegasnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Perang mulut sering tercetus antara Pemuda UMNO dan DAPSY ekoran keceloparan pemimpin-pemimpin sayap pemuda sosialis DAP itu.

Pemimpin-pemimpin DAPSY yang tak berapa cerdik terutamanya Kah Leong tidak berpuas hati dengan kelantangan Dr. Akmal dalam mempertahankan maruah Jalur Gemilang dan beberapa isu lain.

Baru-baru ini, DAPSY cuba menunjukkan sikap abang besar dengan mengecam pendirian Pemuda UMNO yang membantah URA yang dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Memang sukar untuk Pemuda UMNO yang rasional dan bijaksana untuk bekerjasama dengan budak-budak DAPSY yang perasan pandai walaupun ilmu di dada mereka sebenarnya tidak seberapa.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan