![]() |
Hari keempat pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) semalam berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima, berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 September.
Menurut Kementerian Kewangan, kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding 95 peratus pada 2 September.
Katanya, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai semalam.
"Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 4.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM312.6 juta di seluruh negara," katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

0 Ulasan