Muhyiddin sudah tak mampu bertahan - Puad

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini berada di tahap tepu dan semakin defensif.

Menurut beliau, maklumat yang diterimanya daripada seorang bekas Timbalan Menteri daripada Bersatu mendapati pucuk pimpinan parti itu sudah tidak mempunyai idea baharu serta kurang bermusyawarah.

“Ada seorang bekas Timbalan Menteri daripada Bersatu beritahu saya, kepimpinan Muhyiddin sudah tepu, sudah ke siling, tiada benda baharu dan kurang musyawarah

"Sebab itu komplot peralihan kuasa meningkat dalam Bersatu,” katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

Mohd. Puad turut mengulas mengenai pertembungan dalaman yang berlaku dalam parti itu apabila menyifatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai dua ‘Wan’ yang lantang mengkritik secara terbuka, manakala Muhyiddin pula hanya mempunyai seorang ‘Tun’ yang mempertahankannya.

“Hamzah ada dua ‘wan’ kaki tembak secara terbuka, Wan Saiful dan Wan Fayhsal. Muhyiddin pula ada satu ‘Tun’ kaki defend, iaitu Tun Faisal. Gayanya, Muhyiddin yang semakin defensif,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kedudukan Muhyiddin semakin lemah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berikutan pelbagai isu yang membelenggunya termasuk kes melibatkan menantunya.

“Muhyiddin tidak mampu bertahan. Terlalu banyak baggage termasuk kes menantunya. 

"Dengan 22 Ahli Parlimen Bersatu tidak menyokongnya, ‘time over’ untuk Muhyiddin selepas PRN Sabah,” katanya.







Catat Ulasan

0 Ulasan