Anwar sambut baik penilaian IMF terhadap ekonomi Malaysia

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap ekonomi Malaysia

Menurut beliau, dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, keutamaan negara kini terus tertumpu pada usaha memastikan kestabilan ekonomi tidak hanya diterjemah dengan bertanggungjawab, malah mesti dirasai rakyat, melalui sektor dan peluang pekerjaan yang terjamin serta adil, dan keyakinan yang tinggi terhadap masa depan. 

"Kerajaan MADANI akan terus mengurus kewangan awam secara berhemah dan mempercepat pembaharuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, agar pertumbuhan yang kita bina benar-benar kukuh, berdaya tahan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.

IMF dalam kenyataan semalam berkata, Malaysia menunjukkan daya tahan ekonomi yang ketara terhadap ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar, disokong penggunaan dan pelaburan domestik yang kukuh, pertumbuhan pekerjaan dan kitaran peningkatan sektor teknologi global.

Katanya, perjanjian perdagangan timbal balik Amerika Syarikat (AS)-Malaysia pada Oktober lalu juga telah membantu mengurangkan ketidaktentuan bagi perniagaan dan pengguna di Malaysia.

Walau bagaimanapun, IMF mengingatkan bahawa landskap global telah berubah, dengan ketidaktentuan global menjadi normal baharu, justeru membina semula penampan makroekonomi Malaysia masih kritikal.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan