Alhamdulillah saya doktor yang sah, tak tipu tau - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengesahkan bahawa beliau adalah seorang doktor yang sah dan layak untuk berkhidmat sebagai pengamal perubatan di Malaysia.

Beliau turut berkongsi tangkap layar maklumat daripada portal Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berhubung pengesahan tersebut.

"Makluman kepada semua rakyat Malaysia yang nak tahu sama ada doktor yang merawat mereka adalah doktor palsu atau tidak.

Boleh semak di laman sesawang MMC ini ya.

"Kalau tiada nama dan tiada nombor pendaftaran penuh, maka mereka bukan doktor yang layak untuk praktis di Malaysia. 

"Termasuklah jika ada orang beritahu yang dia adalah doktor perubatan, boleh semak di laman sesawang ni untuk memastikan sama ada benar ataupun dia menipu sebagai seorang doktor perubatan.

"Doktor falsafah kena semak di laman sesawang lain ya ni hanya doktor perubatan sahaja.

"Dan alhamdulilah saya adalah doktor yang sah dan tidak tipu tau 😊," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Ketika ini, sedang tular dakwaan berhubung kelayakan seorang menteri Kabinet untuk berkhidmat sebagai pengamal perubatan di Malaysia berikutan carian dalam laman sesawang MMC tidak menemukan maklumat berkaitan.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan