Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri Kerajaan Madani kelak.
Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media semalam, langkah itu akan dilakukan selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara.
Pejabat Perdana Menteri menambah, Anwar turut menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua berkuat kuasa semalam.
"Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia Madani," katanya.

0 Ulasan