Malulah wahai apek cakap tak serupa bikin - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana melabelnya dengan gelaran 'sakit gila' dan 'kuda gila'.

Beliau percaya ada puak yang kepanasan dengan tindakannya mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

"Ni kepanasan sebab RUU URA kamu tu telah digagalkan oleh kami ke??😆😆😆" katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr. Akmal memberitahu Kor Ming, adalah lebih hina lagi orang yang gila kuasa dan tiada maruah bila sekadar menumpang dalam kerajaan negeri Melaka, tetapi takut melepaskan jawatan kerana takut hilang kuasa dan gaji besar untuk diri sendiri.

"Malulah wahai apek cakap tak serupa bikin.

"Kamu labellah apa sekali pun, yang penting aku buat demi untuk pertahankan agama, bangsa dan tanah air aku!" tegasnya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan