PAS berdepan krisis keyakinan awam ekoran kemelut politik Perlis - Mahfuz

 

Krisis politik Perlis bukan lagi isu dalaman parti, tetapi telah berubah menjadi krisis keyakinan awam terhadap keupayaan PAS mengurus kuasa secara adil dan berakhlak.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, percanggahan terbuka antara keputusan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan kenyataan Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin bahawa pemecatan tiga ADUN masih boleh disemak Majlis Syura Ulama membuktikan hakikat pahit iaitu PAS sedang berhadapan krisis autoriti, krisis kepimpinan dan krisis kejelasan prinsip.

Lebih malang, menurut beliau, konflik itu tidak diselesaikan secara adil, sebaliknya rakyat di DUN terbabit dihukum dua kali. kehilangan wakil rakyat dan diseret menjadi mangsa perbalahan dalaman parti.

"Islam tidak pernah mengajar ketaatan membuta tuli. Keberanian menegur, berbeza pandangan dan menuntut keadilan adalah asas siasah Islam

"Namun dalam krisis Perlis, PAS memilih pendekatan politik lama menutup ruang perbezaan, menghukum yang bersuara dan menjadikan kuasa sebagai alat disiplin," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, Perlis mesti menjadi amaran nasional

Beliau berkata, apabila PAS gagal mengurus perbezaan dalam parti sendiri, ia bermakna parti itu tidak layak memimpin negara majmuk yang lebih besar dan lebih mencabar.

"Rakyat tidak boleh terus dijadikan sandera emosi politik dan mangsa dendam kuasa," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan