SKMM rakam keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press berhubung satu kandungan terbitan media tersebut yang dipercayai telah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang disiarkan melalui akaun rasmi China Press di platform media dalam talian.

Menurut SKMM, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan yang didakwa mengandungi maklumat palsu berkait titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, khususnya berhubung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam.

"Penelitian awal mendapati kandungan tersebut membawa maksud berbeza daripada titah sebenar Sultan Ibrahim, sekali gus boleh mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap institusi diraja serta kepentingan nasional.

"Beberapa peralatan dan bahan berkaitan turut disita untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

SKMM memandang serius sebarang penerbitan melibatkan titah Yang di-Pertuan Agong dan perkara berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mengingatkan semua organisasi media agar melaksanakan semakan fakta secara teliti dan mematuhi prinsip kewartawanan bertanggungjawab.

BACA LAGI








Catat Ulasan

0 Ulasan