Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius hantaran di platform TikTok melalui akaun Justicenafisaš¤ (@misuscu.yong) yang mengandungi tohmahan serta dakwaan berunsur fitnah terhadap SPRM.
Menurut SPRM, hantaran tersebut antara lain menuduh bahawa satu 'saman palsu' telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai 'scam'.
Katanya, dakwaan itu adalah sama sekali tidak benar, mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
"SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta-merta.
"Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi SPRM," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM telah memperoleh izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap individu tersebut.
Pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari ini berhubung dakwaan kes rasuah berkaitan counter setting imigresen.
SPRM menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional dan berlandaskan undang-undang, serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

0 Ulasan