Veteran UMNO menyambut baik hasrat DAP untuk menarik diri dari memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekarang dan menunggu keputusan konvensyen khasnya Julai ini.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, DAP sebelum ini telah membuat kenyataan akan berundur dari Kabinet dalam tempoh enam bulan sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf sijil UEC.
Beliau berkata, Veteran UMNO yakin DAP mempunyai prinsip dan bermaruah justeru adalah amat memalukan sekiranya parti itu tidak menunaikan kata-katanya.
"Kata mesti dikotakan. Kepimpinan DAP tidak wajar bermain sandiwara dan berdrama dengan ahlinya selepas kekalahan teruk dalam PRN Sabah yang lalu.
"Kepimpinan DAP misti membuktikan yang mereka bertanggungjawab atas kekalahan itu dan perlu keluar dari barisan Kabinet.
"Ahli DAP tidak mahu pemimpin mereka ugut-ugut dan acah-acah. Mereka mahu tindakan," katanya dalam kenyataan media pada 21 Februari 2026.
Sehubungan itu, Mustapha berkata, Veteran UMNO menyarankan supaya DAP mengambil tindakan segera untuk keluar dari kerajaan tanpa perlu dibawa ke konvensyen khas tersebut.

0 Ulasan