Bahas isu Azam Baki di Parlimen - MANDIRI

 


MANDIRI mendesak isu transaksi jual beli saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dibahaskan di Parlimen.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut berkata, rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus. 
"Jika benar tiada apa yang hendak disembunyikan, maka bahaslah di Parlimen. 

"Rakyat hanya mahukan kepastian bahawa institusi integriti negara benar-benar bersih dan boleh dipercayai," katanya dalam kenyataan media pada 24 Februari 2026.

MANDIRI turut menegaskan bahawa isu melibatkan Azam Baki mesti ditangani secara terbuka dan telus.

Katanya, laungan rakyat #TangkapAzamBaki semakin kuat, namun wujud sikap seolah-olah takut untuk membahaskan perkara ini. 

"Kami tidak faham kenapa susah dan takut untuk menyentuh isu yang jelas mempunyai kepentingan awam.

"Bukan kali pertama Azam dipalitkan dengan kontroversi berkaitan pemilikan saham dan potensi konflik kepentingan

"Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, beliau memegang tanggungjawab besar mempertahankan integriti negara. 

"Apabila ketua agensi anti-rasuah dipersoalkan, ia bukan isu peribadi, ini isu institusi dan kepercayaan rakyat," katanya.







Catat Ulasan

0 Ulasan