Tak boleh pacak kuil berhala sesuka hati - PMX

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak membina rumah ibadat di mana-mana lokasi tanpa kelulusan yang sah.

Beliau berkata, setiap pembinaan adalah tertakluk kepada garis panduan tanah, faktor keselamatan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Anwar berkata, setiap kegiatan keagamaan termasuk pembinaan rumah ibadat perlu mematuhi lunas peraturan yang ditetapkan.

“Buatlah kuil banyak mana pun, tetapi ikut peraturan. Tak boleh pacak kuil berhala di mana-mana tempat sesuka hati. 

"Ada yang jawab kata, ‘Oh surau di mana-mana boleh buat’. Tak betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan program Ihya Ramadan di Putrajaya, 19 Februari 2026.

Beliau menafikan dakwaan kononnya berlaku layanan tidak adil terhadap agama tertentu kerana tindakan penguatkuasaan juga pernah dikenakan terhadap surau yang dibina tanpa kelulusan di beberapa negeri.

“Saya tahu dalam sejarah kita, surau di Selangor pernah dirobohkan, surau di Perak pernah dirobohkan kerana tidak mengikut peraturan. 

"Jadi isu-isu ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” katanya.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan