Akmal minta Fahmi jelaskan mengapa SKMM arah Meta sekat laman FB Firdaus

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh meminta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan mengapa capaian laman Facebook Firdaus Wong Wai Hung disekat di Malaysia.

"Apa cerita ni YB Menteri Komunikasi? 

"Adakah ini dinamakan sebagai kebebasan bersuara?? 

"Yang dikenakan sekatan kepada satu pihak sahaja, sedangkan pihak yang lain tidak dikenakan sekatan apa-apa.

"Dulu masa jadi pembangkang bukan main lagi bercakap tentang kebebasan bersuara, hari ni dah lain pula cerita," katanya dalam hantaran Facebook pada 28 Februari 2026.

Terdahulu, Firdaus yang juga seorang pendakwah bebas mengesahkan laman Facebook miliknya telah dikenakan sekatan daripada capaian di negara ini oleh Meta atas arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan