PAS mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang telah mengorbankan nyawa pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, serangan ganas itu menyasarkan lokasi strategik Iran termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara, yang jelas melanggar norma keadilan sejagat, mengancam keselamatan, kestabilan dan kedaulatannya.
"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Ayatollah Ali Khamenei atas tragedi ini.
"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah," katanya dalam kenyataan media pada 1 Mac 2026 bersamaan 11 Ramadan 1447.
Abdul Hadi menegaskan, seluruh dunia perlu bersatu mengutuk AS dan Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan itu, malah sedang melakukan jenayah perang di rantau Asia Barat.

0 Ulasan