Suhaizan cadang adakan PRU16, PRN serentak

 


Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) secara serentak melibatkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjimatkan kos serta mengurangkan ketidaktentuan politik.

Menurut beliau, dalam konteks ini, sekiranya PRU16 dirancang secara strategik, pilihan raya Parlimen dan beberapa negeri termasuk Melaka serta Johor boleh dipertimbangkan untuk diadakan lebih awal dan secara serentak.

Katanya, pendekatan itu mempunyai beberapa kelebihan utama seperti penjimatan kos yang besar kepada negara kerana pilihan raya tidak perlu diadakan secara berasingan, mengurangkan keletihan politik akibat pilihan raya yang kerap dan memberikan mandat yang lebih jelas dan stabil kepada kerajaan di semua peringkat untuk memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, negara memerlukan kestabilan politik, disiplin fiskal dan perancangan strategik agar kita lebih bersedia menghadapi sebarang kesan daripada krisis global.

"Saya percaya cadangan ini wajar dipertimbangkan secara serius demi kepentingan negara dan rakyat," katanya dalam kenyataan media pada 13 Mac 2026.







Catat Ulasan

0 Ulasan