5 ADUN PN sedia bekerjasama dengan UMNO BN di NS

 


Berikut adalah kenyataan bersama lima ADUN Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan pada 27 April 2026:

Kami, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan Perikatan Nasional mengikuti perkembangan krisis kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan semenjak beberapa minggu yang lalu. 

Mewakili rakyat Negeri Sembilan, kami kesal kerana krisis ini terus berlarutan dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baharu. 

Ini membuktikan bahawa YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun gagal menangani krisis ini secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan.

Krisis ini bertambah serius apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO BN Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

5 ADUN Perikatan Nasional senantiasa meletakkan kepentingan Negeri dan rakyat sebagai agenda perjuangan kami.

Sehubungan dengan itu, 5 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan dari Perikatan Nasional bersedia untuk bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri dan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri bagi membangunkan Negeri Sembilan dan menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan