Nurulhidayah kecam sikap dwistandard Majlis Peguam terhadap kes Zahid

 

Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengecam Majlis Peguam yang didakwa bersikap dwistandard terhadap kes bapanya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau pada 9 April 2026:

Saya nak tanya dengan jujur dan terbuka.

Bila kes melibatkan Ahmad Zahid Hamidi, suara tiba-tiba jadi lantang (rujuk kes yang dibawa pihak Bar Council semalam 8/4). Kenyataan keluar, tekanan dibuat, seolah-olah sistem keadilan negara ini sedang runtuh hanya kerana satu keputusan mahkamah.

Tetapi bila kita lihat semula beberapa kes lain sebelum ini, persoalan mula timbul.

1. Kes Rafizi Ramli – sudah dipanggil bela diri, sudah masuk peringkat pembelaan, tetapi akhirnya pertuduhan ditarik balik dan dilepas bebas.

2. Kes Thamrin Ghafar Baba – situasi hampir sama. Sudah melalui proses mahkamah, kemudian pendakwa tarik balik pertuduhan, dan kes pun selesai.

3. Kes Haris Ibrahim pula – sudah jatuh hukum, tetapi di peringkat rayuan, pihak pendakwa tidak membantah hujahan peguam. Akhirnya sabitan dibuang.

Semua ini berlaku dalam sistem yang sama.

Undang-undang yang sama. 

Kuasa yang sama di bawah pihak pendakwa.

Jadi persoalannya mudah.

Kenapa bila perkara yang sama berlaku dalam kes lain, tidak pula kita dengar suara yang begitu keras?

Kenapa tiada tekanan yang sama?

Kenapa tidak timbul kegusaran tentang “rule of law” ketika itu?

Saya bukan mempertahankan Ahmad Zahid Hamidi kerana dia biological father saya, tetapi dia adalah PRESIDEN UMNO yang wajib dipertahankan sama seperti Presiden UMNO sebelumnya yang kita yakin dianiaya. 

Ini bukan soal siapa betul siapa salah.

Ini soal konsistensi.

Kalau kita benar-benar mahu mempertahankan kedaulatan undang-undang, maka prinsip itu tidak boleh berubah-ubah mengikut nama yang terlibat. Tidak boleh hanya lantang apabila melibatkan individu tertentu, tetapi senyap dalam kes lain.

Undang-undang MESTI DILIHAT ADIL bukan sahaja adil, tetapi WAJIB NAMPAK ADIL.

Dan hari ini, yang menjadi persoalan saya yang juga seorang rakyat dan ahli UMNO ini bukan semata-mata keputusan mahkamah. Tetapi kenapa reaksi terhadap keputusan itu begitu berbeza?

Jika kita benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan, maka suara itu harus konsisten. Tidak memilih. Tidak bermusim. Tidak bersandar kepada sentimen politik, kerana yang kita mahu pertahankan bukan hanya individu tetapi keyakinan terhadap sistem itu sendiri.

Only in Allah we trust. 

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'man naseer.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan