Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa Ketua Audit Negara menyiasat status projek mesin jual nasi lemak layan diri yang mula dilaksanakan ketika Datuk Seri Rafizi Ramli menjadi Menteri Ekonomi dahulu.
Menurut beliau, siasatan perlu merangkumi aspek keberkesanan, kemungkinan berlaku pembaziran dan pembelian.
"Jangan jadi macam projek MyKiosk KPKT. Harga satu kiosk RM25,000.
"Mahal dan membazir kerana banyak kiosk kosong," katanya dalam hantaran Facebook pada 6 April 2026.
Beliau mengulas kritikan terbuka Naib Presiden PKR, Datuk R. Ramanan berhubung projek mesin jual nasi lemak layan diri ketika berucap pada Konvensyen PKR Johor semalam.
Ramanan menganggap projek bernilai RM750 juta itu gagal.
Mohd. Puad mengangggap dakwaan Ramanan itu serius memandangkan beliau seorang menteri dan kritikan tersebut dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Patutlah dia tuduh Rafizi menteri paling gagal. Siasat segera," katanya.

0 Ulasan