Bersatu melakukan pembersihan dalaman secara besar-besaran semalam dengan memecat dua wakil rakyat serta menggantung keahlian tujuh lagi wakil rakyat lain daripada parti yang bermasalah itu.
Dua ADUN dari Kedah yang dipecat berkuat kuasa serta-merta ialah Datuk Zawahir Shaari (Suka Menanti) dan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).
Selain mereka, lima Ahli Parlimen digantung keahlian iaitu Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Khalib Abdullah (Rompin), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh).
Dua ADUN dari Perak yang turut digantung keahlian ialah Syed Lukman Hakim Syed Zain (Chenderoh) dan Ahmad Man (Kuala Sepetang)
Ketujuh-tujuh wakil rakyat itu didakwa melanggar perlembagaan parti serta kod etika dan tatakelakuan ahli.

0 Ulasan