Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyeru kepada semua rakyat Johor agar merealisasikan hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRN Johor.
Menurut beliau, impian ramai rakyat itu perlu ditunaikan.
"Tapi yang pasti, rakyat Johor tolong tunaikan permintaan Kor Ming ini dan juga impian ramai orang untuk melihat beliau letak jawatan menteri.
"Kita bagi BN menang, Kor Ming letak jawatan, rakyat gembira," katanya dalam hantaran Facebook pada 30 Jun 2026.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Akmal menyebut tentang kemungkinan 'geng ceplos' mempersoalkan mengapa beliau juga tidak meletak jawatan.
ADUN Merlimau itu berkata, undang-undang negeri Melaka menetapkan peletakan jawatan exco kerajaan negeri mesti diperkenankan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.
"Dan dua surat perletakan jawatan saya telah diberikan kepada TYT negeri Melaka dan Ketua Menteri Melaka.
"Tetapi hasrat saya tidak diperkenankan walaupun dua surat telah dihantar.
"Itu jawapan saya kepada ceplos nanti ya," katanya.

0 Ulasan