Anwar kata Prabowo demam, tetapi Jakarta nafi pula

 


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan melalui laman Facebook rasminya bahawa Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menangguhkan pertemuan mereka di Langkawi kerana demam.

Berikut adalah hantaran beliau:

Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini. 

Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam. Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekaligus menyambung rencana pertemuan dua negara. 

Insya-Allah, pada 26 Disember ini saya juga dijadual menemui mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk agenda ASEAN demi kesejahteraan rantau ini. 

Walau bagaimanapun, Kompas.com hari ini melaporkan, Setiausaha Kabinet Indonesia, Mejar Teddy Indra Wijaya menafikan Prabowo membatalkan lawatannya ke Malaysia kerana demam.

Beliau menyatakan, Prabowo terpaksa membatalkan pertemuan tersebut kerana ada urusan penting di Jakarta yang menyebabkan Presiden Indonesia itu perlu segera kembali ke tanah air.


BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan