Lim Sian See cabar Mujahid debat terbuka isu Tabung Haji

 



Penganalisis politik, Lim Sian See atau nama sebenarnya, Datuk Eric See-To mencabar bekas Menteri Agama zaman PH 1.0. Datuk Seri Muhajid Yusof untuk berdebat secara terbuka mengenai isu Tabung Haji.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Saya berharap untuk debat Mujahid secara terbuka berkenaan Tabung Haji sebab saya sangat yakin dia akan terduduk.

Sebab saya tengok alasan-alasan dia macam budak-budak.

Mujahid kata masalah utama kenapa harga Haji naik ialah sebab kerajaan BN gagal menyemak semula harga Haji sepanjang tempoh 9 tahun Najib biarpun kos sebenar Haji telah naik dari RM12,000 ke RM22,000.

Oh? Najib tak kejam untuk naik harga Haji menjadi satu alasan atau kesalahan di mata Mujahid?

Adakah Mujahid pernah berfikir bahawa kadar pulangan yang baik serta kenaikan ketara jumlah saiz dana pada keadaan kuota Haji tahunan kekal bermaksud kenaikan jumlah pendapatan tahunan Tabung Haji masa Najib mampu untuk membiayai subsidi Haji yang semakin meningkat supaya harga tidak perlu dinaikkan?

Mujahid juga kata TH terpaksa membuat penstrukturan semula (bermaksud dasar pelaburan telah ditukar dan ianya tidak membawa kepada keuntungan lebih besar masa Najib) sebab TH mengalami defisit lebih RM10 bilion masa dia.

Soalan pertama bagi dia ialah kenapa defisit RM4.1b pada akhir tahun 2017 yang diumum dia selepas dia lantik syarikat audit swasta untuk audit semula akaun yang sudah diaudit Jabatan Audit Negara tiba-tiba menjadi defisit lebih RM10 bilion pada akhir tahun 2018.

Jika TH masa Najib didakwa telah zalim untuk terlebih bayar Hibah dari wang pendeposit sehingga menyebabkan defisit RM4.1 bilion, apakah alasan bagi defisit melebar lebih RM6 bilion lagi sehingga menjadi lebih RM10 bilion? Sebab juga terlebih bayar Hibah bila korang umum Hibah 1.25% ke?

Siapa yang patut bertanggungjawab atas defisit melebar lebih RM6 bilion lagi ketika korang jadi kerajaan?

Akaun Tabung Haji tahun 2017 bertukar dari lebihan bila diaudit Jabatan Audit Negara tetapi hanya menjadi defisit RM4.1 bilion selepas firma audit swasta diupah kerajaan PH1.0 untuk audit semula.

Dan kenapa korang perlu lantik dan upah firma swasta?

Adakah Jabatan Audit Negara begitu menipu atau tak kompeten sehingga perlu diganti oleh firma audit swasta?

Dan jika Jabatan Audit Negara begitu menipu dan tak kompeten, kenapa pula tiada seorang pun juruaudit, akauntan atau pengurus TH pernah didakwa menipu akaun atau melanggar Akta TH?

Dan jika Jabatan Audit Negara begitu sampah, kenapa pula korang masih benarkan JAN untuk mengaudit semua akaun-akaun kerajaan pusat?


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan