Lokasi kejadian. Gambar: FB Abbas Azmi |
Seorang murid tahun enam meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik di bangunan KAFA Integrasi Manbaul 'Ulum di Seri Serdang, Selangor petang kelmarin.
ADUN Seri Serdang, Abbas Azmi mengesahkan kejadian tersebut dalam hantaran Facebook beliau semalam.
Menurut beliau, mangsa, Muhammad Harith Muhammad Fazrul dipercayai terkena renjatan elektrik semasa terpegang besi di laluan pejalan kaki dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian khusus kepada keselamatan bangunan sekolah sekolah yang ada di negeri Selangor ini.
"Walau apa jenis sekolah sekali pun keselamatan anak anak adalah keutamaan. Tiada ibu bapa yang boleh menerima kehilangan nyawa anak-anak apatah lagi di premis sekolah," katanya.
Abbas Azmi melawat sekolah berkenaan. Gambar: FB |
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata, pihaknya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kejadian tersebut amat mendukacitakan.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri untuk mendapatkan laporan terperinci serta mencari pendekatan drastik secara bersama agar kejadian tersebut tidak berulang lagi," jelasnya.
0 Ulasan