Adakah Mujahid akan berguling atas jalan jika kerajaan BN dahulu naikkan kos haji?

 


Pentadbir laman Facebook Najib Razak meminta bekas Menteri Agama zaman PH1.0, Datuk Seri Mujahid Yusof menjawab 11 soalan utama berkaitan isu Tabung Haji (TH):

1. Penukaran Jurunilai:

Mengapa TH Plantations tukar juru nilai terkenal kepada jurunilai baru yang kurang dikenali? Kenapa andaian jurunilai baru yang menyebabkan nilai ladang jatuh mendadak dibenarkan?

2. THP Dari Untung ke Rugi:

Adakah kamu sedar akibat penukaran juru nilai dan andaian ini, keuntungan RM60 juta (2017) THP bertukar menjadi kerugian RM678 juta (2018) dan RM259 juta (2019)?

3. Jualan Besar-besaran:

TH Plantations guna alasan kerugian ini untuk meluluskan penjualan 76.2% ladang sawit. Adakah kamu setuju?

4. Ladang Dijual Murah:

Ladang 6,514 hektar dijual pada RM148.8 juta (21 sen psf) kepada pembeli bukan Islam, walaupun nilai asalnya RM366.5 juta (2017). Kenapa?

5. Audit Semula TH:

Kenapa upah firma swasta audit semula akaun 2017 yang telah diluluskan Jabatan Audit Negara (JAN)? Jika JAN salah, kenapa masih digunakan untuk audit akaun kerajaan?

6. Defisit vs Lebihan:

Kenapa tiada tindakan diambil walau defisit RM5 bilion dilaporkan selepas audit swasta? Tiada seorang pun didakwa menipu akaun TH sejak lebih 6 tahun.

7. Propaganda Bahaya TH:

Adakah kamu sedar propaganda "TH dalam bahaya" menambah tekanan pada aset TH? Pelabur dan pendeposit panik, menyebabkan nilai aset terus jatuh sehingga TH dalam defisit.

8. Defisit RM10.8 Bilion:

Jika defisit 2017 RM4.1 bilion sekiranya audit swasta itu benar, kenapa naik ke RM10.8 bilion (2018) sehingga perlu bailout RM19.8 bilion? Siapa yang patut bertanggungjawab?

9. Beban RM15.7 Bilion Akan Datang:

Adakah kamu sedar kerajaan bakal bayar sehingga RM15.7 bilion untuk menunaikan jaminan ke atas Sukuk UJSB sebanyak RM27.5 bilion jika aset UJSB yang hanya bernilai sekitar RM10 bilion sekarang gagal dipulihkan menjelang 2026-2029? Siapa yang patut bertanggungjawab?

10. Hibah dan Kos Haji:

Kenapa dasar pelaburan baru sekat pulangan sekitar 4% sahaja? Ini akan sekat Hibah tahunan sekitar 3% dan akan naikkan harga Haji secara berterusan.

11. Kenaikan Harga Haji:

Jika BN naikkan harga Haji lebih 20% setiap tahun selama 3 tahun, adakah kamu akan berguling dan tidur atas jalan seperti dulu bila harga RON95 naik 10 sen?


BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan