'Derma Jihad' PAS normalisasi fitnah?

 


Berikut adalah kenyataan media Penolong Setiausaha DAPSY, Syaheera Ghafar kelmarin:

"Derma Jihad" yang diarahkan oleh pimpinan parti untuk membantu YB Dr. Siti Mastura Muhammad membuatkan saya tertanya-tanya adakah akan hadir dari puluhan atau ratusan ribu ahli parti PAS yang akan bersuara bahawa ini suatu hal yang tidak harus berlaku atau adakah seluruh ahli PAS akan hanya akur dan seterusnya parti ini akan semakin terkenal sebagai sebuah parti yang menormalisasikan fitnah?

Satu Malaysia tahu Mahkamah Tinggi mengarahkan Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Mastura membayar RM825,000 kerana memfitnah pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.

Seterusnya, adakah satu Malaysia pula bakal dapat tahu bahawa parti PAS sebuah parti politik yang cuba menormalisasikan fitnah dengan surat arahan dari Pejabat Agung yang tersebar di mana PAS dari peringkat Pusat ke Cawangan perlu mengumpul “Derma Jihad” untuk membantu YB Mastura melunaskan tuntutan mahkamah terhadap tiga pemimpin DAP tersebut?🤔

Mudah kalau begitu, setiap kali pemimpin tertinggi PAS disaman dan terbukti memfitnah, menjadi tanggungjawab bersama ahli-ahli parti pula untuk membantunya melunaskan tuntutan mahkamahnya. 

Jika hal ini berterusan dijadikan amalan dalam PAS, maka sesiapapun tidak akan terasa beratnya kesalahan fitnah kerana sentiasa akan dibantu dan disokong oleh ahli-ahli parti.

PAS perlu membuktikan pendirian teguh dengan ajaran agama Islam yang menolak politik fitnah. Pengajaran perlu diberikan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang jelas melakukan dosa fitnah ini.


BACA LAGI





Check out [Shopee Choice] Pinergy PG-968 Portable Slim Li-Polymer 10000mAh Power Bank for RM16.87 - RM19.31. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/AA11IGrade 







Catat Ulasan

0 Ulasan